Mohon akaun bekalan air SYABAS kini secara 'online'
Diterbitkan: Apr 18, 2016 10:13 PM | Dikemas kini: Apr 18, 2016 10:19 PM
Pelanggan kini boleh membuat permohonan bagi akaun baharu bekalan air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dengan mudah menerusi talian terus portal perkhidmatan pelanggan.
SYABAS dalam satu kenyataan hari ini berkata permohonan boleh dibuat menerusi https://eser.syabas.com.my/syabascsp/
Syarikat itu berkata permohonan itu turut dipermudahkan untuk penyewa, yang tidak perlu menyediakan dokumen daripada tuan punya bangunan.
Bagaimanapun, katanya, jika tuan punya bangunan memutuskan untuk memotong bekalan air ke premis berkenaan, SYABAS akan mematuhi permintaan itu.
Menurut SYABAS, permohonan untuk akaun baharu bagaimanapun masih perlu membayar duti setem dan deposit yang boleh kembalikan.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.