Matsushita tutup kilang di Bangi, 300 hilang pekerjaan
Syarikat Jepun, Matsushita Electric Company, akan memberhentikan operasi kilangnya yang mengeluarkan peti sejuk dan mesin basuh mulai Oktober ini, yang mengakibatkan 300 orang hilang pekerjaan.
Syarikat Jepun, Matsushita Electric Company, akan memberhentikan operasi kilangnya yang mengeluarkan peti sejuk dan mesin basuh mulai Oktober ini, yang mengakibatkan 300 orang hilang pekerjaan.
Menurut syarikat tersebut, keputusan untuk menutup kilangnya di Bangi dibuat selepas mengambilkira kerugian terkumpul serta ramalan tidak menggalakkan dari segi pertumbuhan dan keuntungan.
Matsushita berkata, lembaga pengarahnya sudah meluluskan pelaksanaan skim pemberhentian kerja bagi kira-kira 300 pekerjanya di Kilang Bangi.
Tingkatkan dayasaing
Penutupan kilang tersebut bermakna Matsushita juga akan memberhentikan penjualan peti sejuk dan mesin basuh di negara ini.
Bagaimanapun, menurut Matsushita, syarikat bersekutunya, Panasonic Malaysia Sdn Bhd, akan terus menjual jenama peti sejuk dan mesin basuh jenama Panasonic di Malaysia yang didatangkan dari negara lain.
Syarikat itu yakin, strategi tersebut akan meletakkannya dalam kedudukan lebih kukuh dan lebih berdayasaing, dan pada masa yang sama, memaksimumkan pulangan kepada para pemegang saham.
- AFP

