Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pengikut Syiah terajui pusat pendidikan prasekolah'
Diterbitkan:  Apr 21, 2016 1:14 PM
Dikemaskini: 6:31 AM

Pengikut Syiah kini dikesan mengembangkan ajaran mereka dengan berselindung di sebalik pusat pendidikan pra sekolah dan syarikat pengurusan haji, kata Timbalan Yang di-Pertua Persatuan Ulamak Kedah, Abdullah Din.

"Sebagai contoh, sebuah pusat pendidikan pra sekolah yang agak popular di negara ini turut diterajui oleh pengikut syiah dan ini amat membimbangkan khususnya bagi anak-anak yang dihantar ke situ.

"Saya harap pihak berkuasa dapat buat sesuatu terhadap pusat pendidikan yang dikenal pasti itu bagi menggelakkan ia mengembangkan ajaran syiah kepada anak-anak yang dihantar ke situ," katanya kepada media ketika Majlis Seminar Antarabangsa Gerakan Syiah dan Kesannya Terhadap Dunia Islam yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini

Menurut Abdullah, sekiranya ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat pendidikan pra sekolah terbabit, ia sekali gus membantu pihak berkenaan mengembangkan ajaran syiah dengan menguatkan ekonomi mereka.

Selain daripada itu, Abdullah berkata ajaran syiah sewajarnya dibanteras secara berterusan dan bukannya hanya berkala bagi memastikan ia tidak berkembang di negara ini.

"Usaha banteras ajaran syiah ini diharap bukan berkala dan bukan hanya bila isu panas saja.

"Ia libatkan isu akidah dan musuh tidak berhenti, jika kita berhenti sampai bila nak tangani perkara ini," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Sementara itu Abdullah yang turut aktif dalam menangani perkembangan syiah di negara ini turut memaklumkan pelbagai pendekatan telah diambil bagi menggelakkan penularan ajaran berkenaan dan antaranya ialah melalui penulisan buku karya kreatif.

"Saya seru para penulis di negara ini yang sayangkan akidah jangan asyik menulis novel cinta saja dan hasilkan karya-karya untuk tangani syiah," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS