Ada pengundi keliru selepas persempadanan semula
Ada pengundi tempatan yang keliru mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri yang sepatutnya mereka mengundi selepas proses persempadanan semula kawasan pilihan raya.
"Tolonglah saya semak di mana saya mengundi," kata seorang pekedai yang terserempak dengan ADUN penyandang kerusi Batu Kawah, Christina Chiew yang mengadakan tinjauan mesra di City Mall Commercial Centre di Kuching hari ini.
Chiew menggesa para pengundi supaya menyemaknya di bilik gerakan DAP atau laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Ia akan menjadi kelam-kabut pada hari pengundian, setakat ini ramai yang bertanya di mana mereka perlu mengundi."
Dalam proses persempadanan semula itu, kerusi baru - Batu Kitang - diwujudkan daripada sebahagian kawasan Batu Kawah dan Kota Sentosa.
Chiew akan berdepan dengan Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian dan calon bebas Liu Thian Leong bagi mempertahankan Batu kerusi Kawah, kerusi marginal yang diwakili oleh DAP.
DAP menang kerusi Batu Kawah dengan majoriti tipis 543 undi dalam pilihan raya negeri lalu.

