Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mempertahankan sekatan besar terhadap ahli politik pembangkang semenanjung daripada memasuki Sarawak atas alasan kelakuan tidak baik.

“Kita tidak mahu beberapa aspek budaya politik di Malaysia Barat, yang tidak boleh diterima rakyat Sarawak dibawa ke negeri ini.

"Biar saya jelaskan, saya larang kemasukan bukan sahaja pembangkang, tetapi juga anggota Umno dan parti komponen lain jika mereka tidak berkelakuan baik. Saya perlu melindungi kepentingan Sarawak di sini supaya negeri ini damai,” katanya kepada pemberita di Wisma Bapa Malaysia di Kuching malam tadi.

Sebelum ini sekurang-kurangnya 40 ahli parlimen pembangkang, aktivis, dua anggota Umno dan ahli akademik telah dihalang masuk ke Sarawak.

Adenan berkata, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng dibenarkan masuk ke Sarawak ketika pilihan raya negeri kerana berkelakuan baik.

"Tetapi jika mereka keluarkan mana-mana kenyataan berbaur perkauman dan sebagainya, saya akan panggil di Jabatan Imigresen supaya mereka tinggalkan negeri ini. Jadi ini adalah amaran dari saya. Jadi berkelakuan baiklah.

"Saya tidak mahu seperti apa yang berlaku pilihan raya lepas. Kami dibenarkan begitu ramai ahli politik Malaysia Barat untuk datang ke Sarawak dan mereka telah menyebabkan kekacauan," kesalnya.

Lihat Komen
ADS