Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hutan seluas 34 hektar terbakar di Kuantan
Diterbitkan:  Apr 29, 2016 6:53 AM
Dikemaskini: 10:56 PM

Kawasan hutan seluas 34 hektar di Jalan Sungai Ular berhampiran Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Kuantan dilaporkan terbakar pagi semalam.

Penolong Pegawai Operasi Bomba Pahang Penolong Penguasa Bomba Wan Mohd Nazlis Wan Ismail berkata pihaknya menerima laporan kebakaran pada pukul 10.30 pagi dan seramai 12 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, operasi memadam kebakaran ditangguhkan pada pukul 8 malam tadi.

Sehingga ini, katanya, api di dua hektar kawasan hutan telah berjaya dipadamkan dan operasi akan disambung semula 7 pagi ini.

"Bomba mengalami sedikit masalah ekoran keadaan hutan tebal dan jauh dari jalan utama selain keadaan angin petang yang kuat dan kerap berubah arah," katanya kepada Bernama malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Wan Mohd Nazlis memaklumkan baki 4 hektar kebakaran Ladang Bukit Sumoh di Muadzam Shah dan kebakaran hutan seluas 2 hektar di Jalan Kuantan-Pekan berdekatan kilang DRB-Hicom di Pekan berjaya dipadam sepenuhnya petang semalam.

Kebakaran ladang Bukit Sumoh bermula sejak Isnin lalu melibatkan kawasan seluas 10 hektar manakala kebakaran di Pekan seluas 6 hektar dikesan pada Selasa.

- Bernama

Lihat Komen
ADS