Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sarawak perlukan BN untuk royalti minyak - Adenan

Sarawak memerlukan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan rundingan mengenai royalti minyak dengan Putrajaya, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata hanya pentadbiran BN di Sarawak yang boleh membawa perkara itu dalam rundingan dengan kerajaan Persekutuan kerana 'kami daripada kelab yang sama'.

"Semua orang mahu royalti minyak dinaikkan, termasuklah pembangkang. Soalnya bukan siapa yang mahu, tetapi siapa yang dapat menunaikan perkara ini.

"Kalau DAP yang minta, suara mereka tidak akan diendahkan kerana kerajaan pusat adalah kerajaan BN.

"Saya telah membangkitkan perkara ini dengan PM (Perdana Menteri) dan beliau berkata 'kenapa kita tidak bincang mengenainya. Kita memang ke arah itu'," kata Adenan dalam program Bual Bicara Sarawak Bernama TV semalam.

Mengenai cubaan pembangkang untuk menjadikan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sebagai isu, Adenan berkata: "Apakah yang DAP, sebuah parti berasaskan kaum Cina, tahu mengenai NCR?

"Hanya Bumiputera yang dapat memahami seorang Bumiputera lain. Saya sendiri seorang Bumiputera. Saya telah mengambil langkah sejak dua tahun lepas untuk mempertahankan NCR."

-Bernama

Lihat Komen
ADS