Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

DAP mungkin kehilangan lebih separuh daripada 12 kerusi yang dimenangi mereka dalam pilihan raya Sarawak 2011 lalu.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata parti itu berdepan kemungkinan terlepas antara enam hingga tujuh kerusi pada pilihan raya negeri 7 Mei ini.

Kata Lim, konglomerat BN sedang menarik perhatian pengundi dengan wang dan menggunakan faktor ketua menteri Tan Sri Adenan Satem.

"Situasi di sesetengah kawasan membimbangkan, mereka (BN) kelihatan yakin, menggunakan konglomerat, wang, ancaman, dan faktor Adenan serta (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak)," katanya.

Lim membuat kenyataan itu ketika berkempen untuk membantu empat calon di DAP di Sibu.

Anggota parlimen Gelang Patah itu bagaimanapun enggan mendedahkan kerusi yang terancam itu.

Lim turut berkata BN memang sedang cuba mendapatkan kerusi Meradong dan Repok.

BN bersungguh-sungguh

Kedua-dua kerusi itu terletak di kawasan Sarikei dan kira-kira empat jam pemanduan dari Sibu.

Berbanding 15 kerusi ditandingi DAP dalam pilihan raya negeri lalu, parti itu kali ini menurunkan 31 calon membabitkan 17 di kawasan Dayak, 13 majoriti Cina dan satu kawasan campuran Melayu - Melanau.

Pada masa sama BN dilihat bersungguh-sungguh mahu merampas kerusi di kawasan majoriti Cina membuat DAP lebih terancam mempertahankan kemenangan mereka.

Kenyataan itu juga menimbulkan persoalan terhadap kemungkinan strategi dirancang tidak menjadi menyebabkan mereka menghadapi masalah.

"Tidak, kami menunggu selama 38 tahun. Kami mahu meneroka fasa baru - untuk mengalahkan BN Sarawak dalam pilihan raya akan datang.

"Jika kita gagal mendapat sokongan daripada pengundi di kawasan bandar dan luar bandar, kita tidak boleh memikirkan fasa ketiga," kata Lim.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS