Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP hilang 7 DUN? Jangan tertipu - PBB
Diterbitkan:  May 2, 2016 3:26 PM
Dikemaskini: 7:31 AM

Barisan Nasional tidak sepatutnya dibuai dengan taktik pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang mendakwa parti itu berdepan risiko kehilangan tujuh kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada 7 Mei ini.

Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Johari Abang Openg berkata, itu hanya helah untuk membuatkan DAP bekerja lebih keras.

"Jangan terperangkap dengan helah ini. Jika beliau tahu mereka akan kehilangan kerusi-kerusi itu, itu bermakna mereka akan bekerja lebih gigih.

"Jadi jika BN mahu menang, kita juga kena kerja kuat," ujar Abang Johari semasa perhimpunan PBB di Miri, hari ini.

Beliau berada di Miri bagi membantu kempen calon BN langsung, Hii King Chiong untuk kerusi Pujut.

Semalam, Lim dipetik sebagai berkata, DAP berisiko kehilangan lebih separuh daripada 12 kerusi DUN yang dimenangi pada pilihan raya 2011 kerana pengundi dimanjakan dengan wang dan calon-calon BN bergantung kepada populariti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Sementara itu, dianggarkan 500 orang membanjiri perhimpunan PBB tersebut, dengan Abang Johari menyampaikan pesanan Adenan agar pengundi Bumiputera perlu bersatu bagi memastikan kemenangan BN di kawasan itu.

Di Pujut, Hii sedang berdepan pertarungan dengan DAP, PAS dan bebas dengan 68 peratus pengundi kawasan itu adalah masyarakat Cina dan 32 peratus lagi adalah Bumiputera.

Lihat Komen
ADS