Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB: Tiada tolak ansur terhadap penceroboh hutan
Diterbitkan:  May 3, 2016 6:55 AM
Dikemaskini: May 3, 2016 3:01 AM

Kerajaan negeri Perak tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melakukan pencerobohan hutan sehingga menggugat alam sekitar di kawasan tadahan Empangan Bukit Merah.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan pihaknya tidak pernah mengabaikan sebarang laporan berkaitan isu pencerobohan itu, sebaliknya sentiasa membuat pemantauan rapi.

"Jangan kata kita tak buat apa-apa mengenai pencerobohan hutan itu kerana kita tidak lepas pandang," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan sawah padi di Gunung Semanggol dan Kolam Bukit Merah dekat Bagan Serai semalam.

Zambry berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pencerobohan kawasan kira-kira 500 hektar rizab hutan simpan di Kolam Bukit Merah, yang dipercayai menjadi satu daripada punca takungan air di Empangan Bukit Merah terjejas.

Kelmarin, Anggota Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali mendakwa pencerobohan kawasan rizab kolam berkenaan terutama di Kampung Selamat dan Hutan Simpan Pondok Tanjung dipercayai berlaku untuk kegiatan pertanian sejak beberapa tahun lepas.

Empangan Bukit Merah menjadi sumber air tanaman sawah padi seluas 23,000 hektar di daerah Kerian dan membekalkan air minuman kepada lebih 250,000 penduduk selain keperluan industri di Kamunting, Taiping.

- Bernama

Lihat Komen
ADS