Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Tiada kebenaran pembersihan bukit di Teluk Bahang’
Diterbitkan:  May 3, 2016 5:41 PM
Dikemaskini: 9:44 AM

Kerajaan Pulau Pinang mengakui tidak menerima sebarang permohonan daripada pemilik tanah di Teluk Bahang di mana pembersihan besar-besaran sedang dijalankan di lereng bukit berhampiran empangan.

Exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow berkata, pihak berkuasa tempatan - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) - tidak menerima sebarang permohonan untuk kerja-kerja di tanah itu.

Pemilik tanah itu mungkin menghadapi pertuduhan kerana melakukan pembersihan secara haram yang dilaporkan untuk projek pembangunan campuran yang merangkumi 2,100 unit rumah mampu milik.

Chow berkata MBPP telah menerima maklumat daripada pejabat tanah dan akan menentukan jenis aktiviti yang dijalankan di atas tanah itu sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Notis telah dihantar kepada pemilik tanah untuk menjelaskan mengenai aktiviti yang dijalankan di tanah itu. Beliau akan diminta untuk menjelaskan sama ada mendapat sebarang kelulusan bagi kerja yang dilakukan," kata Chow pada sidang akhbar hari ini.

"Notis perintah pemberhentian kerja boleh dikeluarkan kepada pemilik selepas majlis tempatan menentukan jenis aktiviti yang dijalankan di tanah tersebut," kata exco negeri yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan.

"Undang-undang memperuntukkan pemilik untuk menjelaskan aktiviti yang dijalankan mereka, sebelum saman dikeluarkan," katanya.

Menurut undang-undang, sebarang kerja di mana-mana bidang tanah perlu mendapat kelulusan majlis tempatan, kata Chow.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS