Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sadiq Khan bakal Datuk Bandar London pertama beragama Islam

London dilihat bersedia untuk memilih Datuk Bandar baru, pertama kali di kalangan individu beragama Islam hari ini dengan pengundian untuk majlis tempatan dan serantau di England, Scotland, Wales dan Ireland Utara bermula.

Jutaan rakyat dijangka mengundi untuk 2,700 kerusi bagi majlis tempatan, tiga datuk bandar dan 41 pesuruhjaya polis.

Namun, peratus keluar mengundi dilihat agak rendah, seperti yang selalu berlaku dalam pilihan raya tempatan. Tambahan pula, ramai pengundi teruja mengenai keluar mengundi pada bulan Mei apabila telah dijangka berbuat demikian untuk referendum pada 23 Jun untuk sama ada negara itu patut keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Kebanyakan dari kempen pilihan raya menumpukan kepada isu-isu tempatan. Namun begitu, pengundian di England dan Wales merupakan ujian populariti dua parti politik terbesar, Konservatif dan Buruh, dan menyediakan barometer ketahanan sayap kanan UK, Parti Bebas.

Tinjauan pendapat minggu ini merumuskan Sadiq Khan dari Parti Buruh berada dalam landasan yang betul untuk diangkat menjadi Datuk Bandar London yang pertama beragama Islam, walaupun rujukan berulang-kali oleh Parti Konservatif mengenai latar belakang agamanya dan dakwaan oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron dari Parti Konservatif mengenai Sadiq Khan yang berkaitan puak pelampau.

Ramai penganalisa berpendapat kempen Sadiq Khan berjaya mengalihkan tumpuan media mengenai pergolakan dalaman parti itu ekoran kenyataan anti-Semitik oleh dua tokoh politik Parti Buruh.

Buruh berdepan cabaran besar dalam pilihan raya tempatan Inggeris, dengan perubahan dalam nadanya selepas ramai pemerhati telah menjangka tumpuan ke atas bahagian-bahagian untuk pengunduran Britain dari EU atau lebih popular digelar sebagai Brexit di kalangan pihak Konservatif diterajui Cameron.

Buruh boleh kehilangan sehingga 150 kerusi di seluruh negara, walaupun beberapa majlis tempatan akan bertukar kawalan, menurut ramalan oleh Colin Rallings dan Michael Thrasher yang menjalankan Pusat Pilihanraya University Plymouth.

Parti itu sangat mudah terkesan di kawasan utara yang miskin di mana sentimen anti-EU dan anti-pendatang adalah tinggi.

- dpa

Lihat Komen
ADS