Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Himpunan 365 #BebasAnwar: Polis soal Tian Chua, Sivarasa
Diterbitkan:  May 5, 2016 4:21 PM
Dikemaskini: 8:25 AM

Ahli Parlimen PKR Tian Chua dan R Sivarasa hari ini disoal-siasat oleh pihak polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana didakwa terbabit dalam Himpunan 365 #BebasAnwardi Penjara Sungai Buloh pada 9 Februari lalu.

Himpunan itu dianjurkan sempena ulang tahun pertama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumban ke penjara berhubung kesalahan kes liwat II.

Selepas memberi keterangan, Ahli Parlimen Batu Tian Chua berkata polis juga sedang menyiasat 25 individu yang mengambil bahagian pada perhimpunan itu.

"Kami adalah kumpulan pertama (yang disiasat oleh polis)," katanya.

Chua berkata mereka disiasat mengikut Seksyen 9, akta berkenaan kerana tidak memberi polis notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan.

Chua juga mendedahkan bahawa dia turut disiasat kerana terlibat pada himpunan solidariti di luar penjara Sungai Buloh pada 6 Dis 2015.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS