Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Batu Kitang: PKR dakwa calonnya lebih popular daripada DAP
Diterbitkan:  May 5, 2016 6:00 PM
Dikemaskini: 10:09 AM

PKR menyanggah dakwaan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bahawa calon PKR bagi kerusi Batu Kitang, Voon Shiak Ni tertinggal di belakang dalam pengundian rambang dan patut menarik diri sebagai calon.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil hari nii memetik tinjauan yang dijalankan antara 27 April hingga 1 Mei oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) menunjukkan Voon lebih popular berbanding calon DAP bagi kerusi yang sama, Abdul Aziz Isa.

Fahmi berkata, Voon lebih popular dengan mendapat 33 peratus undian oleh responden dalam tinjauan itu, lebih dari Abdul Aziz yang hanya menjana 31 peratus undian oleh responden.

Tinjauan tersebut, bagaimanapun, menunjukkan calon Barisan Nasional, Lo Khere Chang mengalahkan kedua-duanya dengan 35 peratus undian.

Seorang lagi calon bebas mendapat satu peratus undian rambang itu.

"Tinjauan UUM itu dijalankan secara bebas dan tanpa pengetahuan kami. Keputusan tinjauan itu diserahkan kepada kami oleh individu yang tidak mahu dikenali,” katanya memetik laporan The Malay Mail Online, hari ini.

“Satu undi untuk Abdul Aziz adalah undi sia-sia. Sokongan untuk beliau patut dialih ke calon kami,” tambahnya.

Ujar Fahmi, tinjauan yang dirujuk oleh Chong yang menyatakan Abdul Aziz menjana sokongan adalah tinjauan yang dijalankan oleh Merdeka Center pada bulan Januari.

“Tinjauan Merdeka Center telah 'basi' kerana dibuat pada bulan Januari tahun ini. Lagipun, itu adalah tanggapan Chong sendiri, bukan Abdul Aziz, yang menjadi calon."

Pengurus kempen Voon, Simon Siah berkata, calon PKR itu telah berkhidmat di Batu Kitang menerusi projek kemasyarakatannya selama lebih 10 tahun dan mengkritik DAP kerana cuba memperlekehkan peluangnya dengan memecah undi pembangkang,” demikian menurut laporan The Malay Mail Online.

Lihat Komen
ADS