Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gelombang biru landa Sarawak
Diterbitkan:  May 7, 2016 9:20 PM
Dikemaskini: 4:09 PM

BN meraih 62 kerusi bagi melepasi majoriti dua pertiga setakat 9.15 malam ini untuk terus menerajui kerajaan negeri Sarawak bagi penggal ke-11 berturut-turut.

Gabungan itu sedang mendahului untuk melakarkan kemenangan besar di bawah Tan Sri Adenan Satem yang mengetuai pilihan raya negeri buat pertama kali selepas memegang tampuk kepimpinan negeri, dua tahun lalu.

Setakat ini, BN telah menguasai tiga kawasan majoriti Cina - Bawang Assan, Meradong dan kerusi baharu Batu Kitang.

Pembangkang memperoleh enam kerusi iaitu empat oleh DAP dan PKR dua.

Antara yang mencatat kemenangan awal ialah Adenan, juga presiden PBB, yang berjaya mempertahankan kerusi Tanjung Datu.

Pengerusi BN Sarawak itu memperoleh 6,360 undi, sekali gus mengatasi pencabar tunggal, Jazolkipli Numan (PKR) dengan majoriti 5,892 undi.

Jazolkipli hilang deposit setelah mendapat 468 undi.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing mengekal kerusi Baleh dengan mengalahkan calon DAP, Agop Linsong dengan majoriti 4, 793 undi.

Sebelum hari pengundian, BN telah menang dua kerusi tanpa bertanding iaitu Bukit Sari dan Bukit Kota pada hari penamaan calon, 25 April lalu.

Di Bawang Assan, calon langsung BN, Datuk Seri Wong Soon Koh meraih 9,015 undi untuk melakarkan majoriti 4,131 undi ke atas pencabar Chiew Sung Ngie (DAP) 4,884, Wong Sing Wei (Star) 100 and dua calon Bebas, Watson Bangau 569 dan Yeu Bang Keng dengan 63 undi.

BN merampas kerusi Meradong dengan Ding Kuong Hiing melakukan kejutan terhadap penyandang dua penggal dari DAP, Ting Tze Fui dengan majoriti 1,516 undi.

Dalam pertandingan lima penjuru di Batu Kitang, muka baharu BN, Lo Khere Chiang mengalahkan pencabar terdekat Abdul Aziz Isa Marindo (DAP) dengan majoriti 1,840 undi.

DAP mengekalkan kerusi Kota Sentosa, Padungan, Pending, Bukit Assek dan Pujut manakala PKR menang di Ba'Kelalan dan Batu Lintang.

Lihat Komen
ADS