Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Orang S'wak faham kenapa GST diwujudkan
Diterbitkan:  May 8, 2016 12:30 AM
Dikemaskini: 4:31 PM

Pembangkang gagal menggunakan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai strategi menjatuhkan BN, kata perdana menteri.

Sebaliknya, kata Datuk Seri Najib Razak, rakyat Sarawak menerima cukai baru itu akan membangunkan ekonomi negeri.

“Pembangkang gunakan isu GST menunjukkan ia tidak dapat sambutan seperti apa yang pembangkang mahukan.

“Orang di sini memahami kenapa GST diwujudkan kerana ia membangunkan ekonomi Malaysia.

“GST memberikan pembangunan dibawa ke Sarawak terutamanya dalam pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo,” katanya.

Sebelum ini ketika masa berkempen, pembangkang khususnya DAP membawakan isu berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat Sarawak.

DAP turut mendakwa GST akan dinaikkan sebanyak 10 peratus sekiranya BN memenangi PRN kelak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS