Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hadi: Tahniah Tok Nan
Diterbitkan:  May 9, 2016 1:26 PM
Dikemaskini: 6:17 AM

PAS mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Adenan Satem kerana dilantik semula sebagai ketua menteri Sarawak untuk penggal kedua.

"PAS mendoakan beliau dapat memikul amanah yang besar ini dengan panduan dan pertolongan daripada Allah SWT," kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Adenan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada Sabtu malam selepas memimpin BN Sarawak menang besar dalam pilihan raya negeri pada hari sama.

Dengan kemenangan itu, Adenan yang lebih dikenali sebagai Tok Nan oleh penduduk Bumi Kenyalang, mendapat mandat pertama setelah mengambil alih pentadbiran daripada Tun Taib Mahmud yang dilantik sebagai yang dipertua negeri.

Dalam kenyataannya semalam, Hadi juga berdoa supaya Adenan dapat melaksanakan amanah kepimpinan dengan baik dan meneruskan agenda pembangunan Sarawak.

Pilihan raya negeri kelmarin menyaksikan PAS masih belum berjaya mendapat kerusi pertama dalam dewan negeri Sarawak.

Bagaimanapun, kemerosotan prestasi turut melanda parti-parti dalam Pakatan Harapan.

BN menang 72 daripada 82 kerusi dipertandingkan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS