KL-Manila tingkat kerjasama banteras pendatang haram
Malaysia dan Filipina berikrar untuk meningkatkan kerjasama untuk membanteras masalah kemasukan pekerja tanpa izin, kata Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid.
Malaysia dan Filipina berikrar untuk meningkatkan kerjasama untuk membanteras masalah kemasukan pekerja tanpa izin, kata Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid.
Menurutnya, kerjasama seumpama itu akan dapat membantu pekerja dari negara itu diuruskan secara teratur dan akhirnya membasmikan masalah pendatang tanpa izin.
Azmi memberitahu pemberitahu demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Luar Filipina, Alberto Romulo.
Kira-kira 108 rakyat Filipina adalah antara pendatang tanpa izin yang ditahan dalam 'Ops Tegas' yang dilancarkan Selasa lalu, selepas berakhirnya tempoh pengampunan.
Romulo berkata, dua 'pusat pemprosesan setempat' telah diwujudkan Januari lalu di Zamboanga dan Boangao di Pulau Tawi-tawi di selatan Filipina untuk membolehkan pekerja dari negara itu mendapatkan dokumen yang sah untuk balik bekerja di Malaysia.
Menurutnya, lebih banyak pusat pemprosesan setempat seumpama itu akan dibuka tidak lama lagi.
Indonesia telahpun menubuhkan pusat-pusat tersebut untuk mempercepatkan urusan memproses permit kerja bagi rakyatnya untuk pulang bekerja di Malaysia.
Menurut Romulo lagi, sepasukan pegawai tertinggi Malaysia akan berada di Manila mulai Isnin ini berhubung urusan mengendalikan kemasukan rakyat Filipina untuk bekerja secara sah di Malaysia.
Beliau juga puashati kerana rakyat Filipina yang ditahan dalam 'Ops Tegas' sekarang, dilayan dengan baik dan berperikemanusian.
Ramai di Sabah
Terdapat kira-kira setengah juga rakyat Filipina yang tinggal di Malaysia, sebahagian besar keluarga pelarian dari wilayah Mindanou di selatan negara itu berikutan pergolakan dengan puak pemisah pada tahun 1970-an.
Manila menganggarkan terdapat sehingga 200,000 rakyatnya yang tinggal secara haram, terutamanya di negeri Sabah yang terletak berhampiran selatan Filipina.
Sehingga ini, lebih 600 rakyat asing telah ditahan dalam operasi tersebut, sebahagian besarnya adalah rakyat Indonesia.
Sementara itu, Azmi berkata, 23 rakyat Perancis yang ditahan kerana menyalahguna visa lawatan mereka, akan dibebaskan ada bukti mereka telah memohon permit untuk bekerja di sektor perkapalan dan sedang menunggu dokumen tersebut.
Malaysia menganggarkan terdapat hampir satu juga pendatang tanpa izin di negara ini, sebahagian besaranya dari Indonesia manakala yang lainnya dari Filipina, Burma, Bangladesh, India dan Sri Lanka.
Kira-kira 382,000 daripada mereka mengambil peluang untuk pulang ke negara masing-masing sewaktu tempoh pengampunan yang bermula Oktober tahun lalu.
Bagaimanapun, kira-kira 400,000 pendatang haram masih berada di negara ini dan bekerja di sektor pembinaan, perladangan dan industri perkhidmatan.
- AFP

