Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

ULASAN Alasan Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa ucapan 'Superman' Hew Kuan Yew adalah “biadap, tetapi bukan rasis” semasa Hew meminta pengundi Sarawak menyokong calon Melayu supaya dia boleh “skru orang Melayu” adalah tidak munasabah.

Ia hanya menggambarkan imej seolah-olah DAP menyokong kenyataan berbaur perkauman.

DAP mesti menjawab mengapa mereka perlu menjustifikasikan bahawa hanya seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari kaum Melayu sahaja boleh “skru ahli politik Melayu yang korup”, tetapi bukan ahli politik Cina yang korup?

Bukankah kenyataan ini mempunyai bayangan perkauman?

Para hadirin pada hari itu tahu bahawa kenyataan Hew merujuk kepada orang Melayu sahaja. Oleh itu, mengapa Kit Siang perlu mempertahankan Hew?

Adakah Kit Siang telah merendahkan definisi perkauman supaya Hew boleh mengkritik kaum Melayu sebagai kaum yang mengambil rasuah?

Hew sendiri juga telah mengaku kesalahannya dalam posting Facebooknya.

“Ayuh kita hantarkan Aziz masuk ke dalam Dewan undangan negeri demi skrew bangsa Melayunya, yakni politikus besar yang korup, screw 'pokai' di PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu). Inilah babak yang paling menarik. Yang setuju, berikan tepukan."

Dengan ini, Kit Siang telah mengaku dirinya sebagai rasis secara tidak langsung apabila dia mempertahankan Hew.

Seorang yang bersikap perkauman memang tidak boleh mengenal pasti kenyataan yang rasis kerana dia sendiri mempunyai fikiran yang sama.

Sebaliknya, Kit Siang perlu bertanggungjawab atas sikap perkauman yang dia sendiri telah memupuk di DAP.

DAP sendirilah yang perlu “ubah” dan Kit Siang perlu meletak jawatan bagi memberi laluan kepada orang lain yang lebih sopan daripadanya.

Jika kenyataan tersebut disebut oleh ketua “Himpunan Baju Merah” Datuk Jamal Yunos, ataupun Mohamed Ali Baharom aka Ali Tinju, ia sudah pasti bahawa Kit Siang akan meminta perdana menteri letak jawatan.

DAP juga tidak bertanggungjawab apabila menyalahkan pengundi kerana kekalahan mereka di pilihan raya negeri Sarawak ke-11.

Tindakan mereka hanya akan mewujudkan ketidakharmonian dan perpecahan politik.

Keengganan DAP untuk mengaku kesalahannya bermakna bahawa nama parti perlu ditukar kepada “Delusional Acting Party” (Parti Bertindak Berkhayal).


JASON TEOH SIEW HOCK pengerusi Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam, anggota Jawatankuasa Pusat merangkap pengerusi MCA Gelang Patah.

Lihat Komen
ADS