Tiada wakil Johor di mesyuarat Majlis Raja-raja semalam
Diterbitkan: May 12, 2016 11:49 AM | Dikemas kini: May 12, 2016 2:36 PM
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari Rabu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-241 di Istana Negara di Kuala Lumpur.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja selama sehari itu dihadiri semua raja Melayu kecuali Johor yang tidak menghantar wakilnya.
Pada mesyuarat yang bermula 11.15 pagi itu, raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing kecuali Kelantan yang diwakili Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Semua Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang dan Sabah hadir pada mesyuarat itu dengan diiringi Ketua Menteri masing-masing manakala Sarawak diwakili Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.
- Bernama

