'Mahu buang Islam dari IC mesti dapat pengisytiharan'
Mahkamah Persekutuan memaklumkan lelaki yang mahu mengeluarkan perkataan Islam dari kad pengenalannya untuk memohon pengisytiharan mahkamah bahawa dia bukan seorang Islam.
Hanya selepas itu, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, beliau harus mengemukakan perkara itu dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Hakim Ariffin berkata sedemikian dalam menolak permohonan Mohd Sharif Abdullah untuk pelepasan bagi merayu menentang keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan Oktober tahun lepas.
Sharif mahu mendapatkan arahan mahkamah untuk mengarahkan JPN mengeluarkan perkataan ‘Islam’ dari kad pengenalannya, atas alasan beliau tidak pernah menukar agama lain daripada Hindu sejak dilahirkan.
Bagaimanapun, ujar Hakim Arifin, ia bukan prosedur yang betul untuk digunakan.

