KL selamat? Mana satu nak percaya, tanya DAP
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng hari ini melahirkan rasa keliru berhubung dakwaan bahawa Kuala Lumpur adalah salah satu bandar paling selamat untuk didiami.
Di sebalik dakwaan Bert Van Walbeek dari The Winning Edge yang mengatakan ibu negara itu sebagai kedua paling berbahaya di Asia, Persatuan Agen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan polis pula berkata sebaliknya.
"Siapa sebenarnya yang berkata benar? Adakah Kuala Lumpur benar-benar merupakan bandar yang selamat untuk didiami dan menjadi pusat pelancongan?.
"Sebagai ahli parlimen di kawasan Kuala Lumpur, adalah tanggungjawab saya untuk mencari tahu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Semalam, Presiden MATTA, Datuk Hamzah Rahmat adalah salah satu antara bandar paling selamat di dunia, sambil menafikan dakwaan jenayah dan imej konservatif negara ini.
“Terima kasih kepada pengetahuan umum dan maklumat dari mulut ke mulut, 12 juta pelancong asing dijangka melawat bandar ini tahun ini," kata Hamzah.
Beliau mengulas kenyataan Van Walbeek dalam Persidangan Pelancongan Bandar Sedunia 2016 yang menyenaraikan empat bandar di Malaysia sebagai paling bahaya di Asia, antaranya Kuala Lumpur dengan mengetengahkan laporan Worldatlas.com.
Tiga bandar lain yang dimaksudkan oleh Van Walbeek ialah Petaling Jaya (ketiga), Klang (kelima) dan Johor Baru (kesepuluh).
Laman web itu mendakwa Malaysia mempunyai kadar jenayah tinggi, termasuk kes ragut, penyeluk saku dan jenayah berat seperti pembunuhan, rogol dan rompakan.
Ranking itu juga telah ditolak oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata pelancong boleh bergerak bebas di jalan tanpa sebarang insiden.
Mengulas lanjut, Lim berkata, pihaknya merasakan sukar untuk mempercayai Hamzah dan Khalid itu kerana mereka tidak menunjukkan angka-angka bagi menyokong dakwaan.
"Van Walbeek sekurang-kurangnya telah memetik sumber worldatlas.com sebagai sumber maklumatnya," jelas Lim.
Oleh itu, MATTA dan ahli-ahlinya perlu mendapatkan maklum balas profesional dengan menjalankan soal selidik ke atas sekurang-kurangnya 1,000 warga kota dan pelancong tentang pendapat mereka.
Dengan adanya hasil maklum balas itu, MATTA boleh meyakinkan pihak berkuasa, termasuk polis, Datuk Bandar Kuala Lumpur malah menteri pelancongan tentang langkah-langkah yang perlu untuk menambahbaik aspek keselamatan dan imej Kuala Lumpur, katanya.

