Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dijangka mewakili bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim minggu depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ini berhubung kes Zaid yang memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang tidak mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Zaid berkata keputusan untuk tidak mengenakan tuduhan ke atas Najib oleh peguam negara adalah tidak munasabah dan satu usaha yang tidak wajar mengikut budi bicara.

Zaid dan peguamnya Americk Sidhu mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Sri Ram akan menjadi peguam utama.

Rabu depan telah ditetapkan untuk mendengar permohonan Jabatan Peguam Negara untuk membicarakan tiga kes terhadap Apandi.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Jabatan Peguam Negara telah memohon supaya kes Zaid, bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan permohonan Badan Peguam Malaysia untuk mencabar keputusan Apandi itu dibicarakan bersama.

Bagaimanapun, ketiga-tiga pihak bersetuju dengan permohonan itu.

[Baca berita penuh]