Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merancang untuk menjual kepentingannya dalam British American Tobacco Malaysia Bhd. (BAT) sejajar dengan usahanya untuk melabur dalam aset yang bertanggung jawab kepada alam sekitar dan sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, KWSP mempunyai 6.9 peratus kepentingan yang dianggarkan bernilai RM942 juta dalam firma disenaraikan Malaysia, menurut data yang dikumpulan oleh Bloomberg.

"KWSP tidak menetapkan sebarang tempoh masa tertentu untuk menjual pegangan tersebut.

“Kami menyedari bahawa kami tidak melabur dalam perniagaan perjudian, alkohol atau berkaitan alkohol.

“Dahulu kami mempunyai kepentingan dalam syarikat tembakau dan akan melupuskan pegangan secara berperingkat dari semasa ke semasa," kata Shahril, memetik laporan Bloomberg.

KWSP juga tidak akan membuat sebarang pelaburan baru dalam tembakau, ujarnya.

Penyah laburan itu sejajar dengan peralihan global meluas antara pengurus wang untuk meningkatkan pendedahan kepada pelaburan bersifat kebertanggung jawaban sosial.

Apa yang dipanggil pengurusan di bawah aset mampan di peringkat global tumbuh 61 peratus kepada $21.4 trilion daripada tahun 2012 kepada 2014, menurut laporan Global Sustainable Investment Alliance.

Asia, bagaimanapun, meliputi hanya $53 bilion daripada jumlah tersebut - berbanding Eropah dengan $13.6 trilion.

Penyah laburan Khazanah

Bursa Malaysia melancarkan Indeks FTSE4Good pada bulan Disember 2014, terdiri daripada syarikat dan firma yang "diiktiraf mengamalkan tanggung jawab sosial," menurut laman webnya.

Indeks tersebut, yang turut disertai Malayan Banking Bhd. dan Petronas Chemicals Bhd., menurun sebanyak 8.9 peratus dalam 12 bulan terkebelakang, menurut data Bloomberg.

Khazanah Nasional Bhd. sedang mempertimbang melaksanakan pengupasan dua peratus pegangannya dalam Tenaga Nasional Bhd., IHH Healthcare Bhd. dan Axiata Group Bhd., kata sumber yang dekat dengan perkata itu awal minggu ini.

KWSP memiliki saham dalam ketiga-tiga syarikat ini dan Shahril berkata, dana pencen itu mungkin mahu meningkatkan pegangan jika Khazanah menjualnya.

“Kami tidak menolak kemungkinan tersebut,” ujar Shahril. “Ia semua bergantung kepada sama ada harga itu berbaloi untuk kami pertimbangkan, daripada sisi risiko-pulangan.”

KWSP merekodkan pendapatan kasar dari pelaburan sebanyak RM44.2 bilion tahun lalu, naik 13 peratus berbanding 2014, menurut laporan tahunannya.

KWSP memiliki RM684.3 bilion dalam bentuk aset sehingga akhir tahun lalu, dengan 51 peratus dilaburkan dalam pedapatan tetap dan 43.8 peratus dalam ekuiti, kata laporan itu.