Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sarawak dapat 3 timbalan KM, Sim bukan antara mereka
Diterbitkan:  May 13, 2016 6:00 PM
Dikemaskini: 11:10 PM

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem telah secara rasminya mengumumkan kabinet barunya, menampilkan tiga timbalan ketua menteri dengan tiada satu daripadanya berbangsa Cina.

Tiga timbalan Adenan ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Timbalan Presiden Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Barisan kabinet baru itu diumumkan selepas upacara mengangkat sumpah di Kuching, hari ini.

Pada sidang media 28 April yang lalu, Adenan menggesa pengundi Cina memilih BN berbanding DAP jika mereka mahu bangsa itu menduduki kerusi timbalan ketua menteri.

“Sudah tentu, itu pun jika mereka mahu menjadi kerajaan, satu jalan yang ada ialah dengan mengundi SUPP.

“Jika tidak mahukan itu, undilah DAP. Jika mahu (jawatan), anda undi SUPP. Dan selepas itu akan ada wakil Cina untuk jawatan timbalan ketua menteri dalam kabinet," Adenan dipetik berkata oleh Borneo Post.

Bagaimanapun, selepas pilihan raya negeri, akhbar berbahasa Inggeris memetik Adenan sebagai berkata bahawa sementara beliau gembira kerana undi Cina telah kembali ke BN, terpulang pada beliau untuk melantik atau tidak.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS