Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Presiden PAS khatam kuliah tafsir kali kedua
Diterbitkan:  May 13, 2016 7:35 PM
Dikemaskini: 11:57 AM

Setelah selesai menyampaikan kuliah tafsir keseluruhan al-Quran 20 tahun lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan telah khatam kali kedua hari ini.

“Dua kali khatam selama 40 tahun merupakan satu perjalanan yang panjang akan tetapi ia sangat singkat bagi sesiapa yang menghargai masanya,” kata Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan.

“Mudah-mudahan Allah menerima amalan ayahanda (Hadi) dan memberikan kekuatan kepadanya untuk terus menyampaikan ilmu kepada masyarakat dan diberikan kekuatan untuk mendepani cabaran-cabaran mendatang.”

Hadi daripada dahulu terkenal konsisten menyampaikan kuliah tafsir setiap Jumaat di masjid dekat rumahnya di Rusila, Marang, Terengganu.

Lihat Komen
ADS