Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DAP pecat ADUN S'gor kerana salah guna peruntukan k'jaan negeri
Diterbitkan:  May 14, 2016 2:41 PM
Dikemaskini: 12:29 PM

ADUN DAP Teluk Datuk, Loh Chee Hong telah dipecat daripada parti selepas didapati bersalah menyalahgunakan peruntukan kerajaan negeri kepada kawasan pilihan rayanya.

Dalam satu kenyataan, pengerusi jawatankuasa disiplin DAP, Tan Kok Wai berkata, keputusan itu dibuat selepas Loh menjawab dakwaan terhadapnya dalam satu pendengaran yang diadakan awal hari ini.

Tan berkata jawatankuasa itu telah mengarahkan DAP Selangor menjalankan siasatan dalaman selepas ia menerima satu aduan bertulis pada Mac 2016 terhadap Loh kerana didakwa menyalahguna peruntukan kerajaan negeri.

"Siasatan dalaman oleh jawatankuasa DAP Selangor mendapati ada asas terhadap dakwaan itu, iaitu terdapat bukti salah laku di pihak Loh.

"Berikutan pendengaran tatatertib hari ini, di mana Loh telah diberi peluang untuk memberi penjelasan, jawatankuasa disiplin DAP telah membuat kesimpulan bahawa terdapat bukti salah laku serius oleh Loh dan telah sebulat suara memutuskan untuk menamatkan keahliannya dalam parti berkuatkuasa serta-merta," kata Tan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS