Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penduduk Bukit Koman menang saman fitnah lombong emas
Diterbitkan:  May 17, 2016 11:47 AM
Dikemaskini: 3:50 AM

Seorang penduduk Bukit Koman menang kesnya terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Raub Australian Gold Mining (RAGM) terhadap Gerakan Ban Cyanide Raub (BCAC).

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa RAGM gagal membuktikan bahawa kenyataan naib pengerusi BCAC, Hue Shieh Lee terhadap syarikat lombong emas itu adalah fitnah.

Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam turut memerintahkan plaintif membayar RM20,000 sebagai kos kepada Hue.

RAGM pada tahun 2013 memulakan saman fitnah terhadap tiga anggota BCAC, yang telah berkempen terhadap syarikat lombong emas itu yang berhampiran kampung mereka di Bukit Koman, Raub, Pahang.

Selain Sheih Lee, dua lagi ialah pengerusi BCAC, Wong Kim Hoong dan setiausaha gerakan itu, Hue Fui How.

Selepas itu, Wong dan Hue Fui How memohon maaf di mahkamah terbuka kepada RAGM atas kenyataan mereka dan RAGM menarik balik saman terhadap kedua-duanya.

Bagaimanapun, Shieh Lee memilih untuk meneruskan kesnya di mahkamah.

RGAM, yang juga memfailkan saman fitnah terhadap Malaysiakini, telah bertegas bahawa dakwaan bahawa sodium cyanide yang digunakan untuk pengekstrakan emas adalah berbahaya kepada penduduk Bukit Koman, adalah tidak berasas.

Mahkamah Tinggi akan menyampaikan keputusannya mengenai saman RAGM terhadap Malaysiakini Isnin depan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS