Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ambiga pertahan Deklarasi Rakyat, enggan ulas surat Anwar
Diterbitkan:  May 17, 2016 4:42 PM
Dikemaskini: 9:42 AM

Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini mempertahankan Deklarasi Rakyat, bertegas untuk terus bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sebalik surat kritikan pedas oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Bagaimanapun, Ambiga menolak untuk mengulas mengenai kandungan surat tersebut yang secara amnya menyifatkan deklarasi berkenaan sebagai dokumen Mahathir, tidak sejajar agenda reformasi dan memberi amaran kepada pimpinan PKR agar tidak diperkudakan.

“Saya telah membaca surat itu dengan teliti kerana saya mengikuti setiap pandangan beliau,” kata bekas presiden Majlis Peguam itu.

“Bagi saya, ia adalah komunikasi peribadi yang mengandungi pendapat mendalam dan luahan hati kepada ahli-ahli parti yang rapat dengan beliau.

“Oleh itu, saya percaya adalah tidak sesuai untuk saya memberi komen mengenai kandungan surat itu. Nampak seperti ia bukan untuk tatapan umum,” tambahnya.

Justeru, beliau menekankan betapa pentingnya privasi surat itu, yang ditujukan khusus kepada pemimpin PKR, dihormati.

Menjelaskan mengenai Deklarasi Rakyat, ujar Ambiga, pihaknya mendapati sokongan yang padu untuk dokumen itu walaupun wujudnya pelbagai komen negatif dari pelbagai pihak.

“Kami terhutang budi kepada rakyat yang berani yang menanda tangani deklarasi itu untuk membolehkan kami meneruskan agenda perubahan dan reformasi tidak mengira apa jua halangannya.

“Fokus kami harus bertumpu kepada krisis semasa yang menggugat negara. Kami tidak boleh tersasar dari matlamat untuk membawa perubahan menerusi Deklarasi Rakyat,” tambah beliau.

“Kami harus bekerja lebih keras, dan kami akan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS