Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN: Tindakan boleh diambil pada pemfitnah 1MDB

Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana individu, kumpulan atau pertubuhan yang bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948 dan Kanun Keseksaan boleh diambil terhadap sesiapa sahaja yang berbuat demikian.

"Kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan terus dipertingkatkan bagi membendung penularan bahan-bahan berunsur fitnah dan pemikiran negatif yang disebarkan melalui media sosial," katanya.

Ia bagi menjawab soalan Datuk Jumat Idris (BN-Sepanggar) yang meminta KDN menyatakan tindakan terhadap pihak yang melakukan fitnah setelah isu 1MDB menunjukkan tidak ada sebarang salah laku membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

KDN dalam masa sama meminta semua anggota Parlimen serta masyarakat agar menjauhkan diri daripada terlibat dengan sebarang aktiviti fitnah.

- Bernama

Lihat Komen
ADS