Walaupun jika mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan Deklarasi Rakyat, namun ia tidak akan menjejaskan momentum kempen menuntut pembaharuan institusi, kata pendebat terbaik, Asia, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Syed Saddiq, yang merupakan ahli sekretariat Deklarasi Rakyat, berkata walaupun jika ketua umum PKR itu menolak dokumen tersebut, ia tidak akan menjejaskan desakan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Anwar telah menyatakan kebimbangan mengenai dokumen itu dalam suratnya di mana beliau mengingatkan PKR tentang bekerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sambil mengagumi semangat perjuangan Anwar seperti yang dibuktikan melalui suratnya yang 'pedas" yang ditulisnya dari penjara, Syed Saddiq berkata, gerakan itu mewakili semua rakyat.

"Ini bukan gerakan Mahathir, (bukan veteran DAP) Lim Kit Siang, (Menteri Besar Selangor) Azmin Ali atau pun Anwar.

"Ia gerakan rakyat. Ia Deklarasi Rakyat!" tulis Syed Saddiq dalam satu catatan di Facebook semalam.

Syed Saddiq berkata gerakan itu tidak dikuasai oleh sesiapa pun kerana kuasanya datang dari rakyat.

"Kuasa kita terletak di tangan rakyat. Jika Tun Mahathir tinggalkan gerakan ini, kita akan diteruskan. Begitu juga, walaupun jika Datuk Seri Anwar tidak bersetuju, kita akan tetap teruskan," katanya.

[Baca berita penuh]