Rafizi tak layak dilindungi akta, kata menteri
Anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli tidak layak dilindungi bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat kerana mendedahkan maklumat secara terbuka, kata Nancy Shukri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan tindakan Rafizi, yang ditahan bawah Akta Rahsia Rasmi 197 sebelum ini, yang mengadakan sidang media pada 24 dan 28 Mac lalu.
“Pendedahan maklumat secara terbuka tersebut menyebabkan identiti beliau sudah terdedah dan tidak melayakkan beliau menjadi pemberi maklumat yang dilindungi bawah akta ini,” kata Nancy.
Nancy berkata demikian dalam jawapan bertulis di parlimen kepada soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang mahu tahu kenapa Rafizi tidak dilindungi bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan ditahan pada 5 April lalu.
Lim juga bertanyakan tentang peranan akta itu.
Rafizi pada 28 Mac lalu mendedahkan dokumen yang menurutnya tertakluk bawah OSA yang didakwanya dapat membuktikan kaitan 1MDB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

