Lim jelaskan Phang tak diberi kontrak bina kuarters
Bekas pemilik banglo yang dibeli Ketua Menteri Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang, tidak diberikan apa-apa kontrak untuk membangunkan kuaters pekerja di Juru, Seberang Perai.
Cadangan Ahli perniagaan Phang Li Koon untuk membangunkan kuarters itu telah ditolak, kata Lim di dewan undangan negeri hari ini.
Syarikatnya - Magnificent Emblem - tidak berjaya dalam mendapatkan tanah untuk membina kuarters kerana tidak mematuhi Permintaan Cadangan, tambah Lim.
Lim berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Cheah Kah Peng (PKR - Kebun Bunga) yang ingin tahu mengenai perkara itu.
Dalam soalan bertulis tersebut, Cheah bertanya mengenai keputusan exco kerajaan negeri dan ketua menteri untuk memberikan projek berkenaan.
Sebaliknya, projek ini telah dianugerahkan kepada Weslite Dormitory (Pulau Pinang Juru) Sdn Bhd kerana mereka menawarkan harga yang paling tinggi, kata Lim.
Lim berkata sistem tender terbuka berfungsi dengan baik di Pulau Pinang kerana hanya pembida tertinggi akan memenangi kontrak.
Isu itu timbul apabila surat bertarikh 13 November 2013, dan dialamatkan kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang diterbitkan dalam beberapa blog.
Surat itu ditandatangani oleh Phang yang menunjukkan minat beliau membina rumah pekerja di Batu Kawan.

