Usaha kerajaan memperkenalkan semula satu peruntukan yang membolehkan perbicaraan rahsia dalam Kanun Prosedur Jenayah, adalah satu kebimbangan yang melampau, kata Lawyers for Liberty.

Ini terutamanya kerana peruntukan yang sama - seksyen 265A, 265B dan 265C - telah ditarik balik apabila ia mula diperkenalkan dalam pindaan Rang Undang-undang pada tahun 2013, berikutan bantahan yang kuat.

"Peruntukan baru ini berkaitan 'saksi dilindungi' yang membenarkan saksi memberi keterangan dalam rahsia di mana orang yang dituduh dan peguam beliau tidak akan dapat melihat, mendengar atau menyoal balas saksi.

"Kerahsiaan itu berlawanan dengan asas sistem keadilan jenayah kita yang menuntut perbicaraan yang adil.

"Ia adalah keadilan yang perlu dilakukan secara terbuka dan telus; tertuduh mesti diberikan peluang untuk mencabar keterangan yang dikemukakan; dan kesalahan terhadap tertuduh perlu dibuktikan melampaui keraguan yang munasabah," kata Pengarah Eksekutif LFL, Eric Paulsen.

Paulsen juga menimbulkan kebimbangan bahawa pindaan dibentangkan di Dewan hari ini termasuk menyingkirkan budi bicara kehakiman.

Ini adalah budi bicara untuk melepaskan atau mengenakan hukuman ke atas pesalah yang dikenakan untuk "kesalahan berat" atau mereka yang didakwa di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga.

Hukuman biasanya dikhaskan untuk kesalahan kali pertama atau pesalah muda, di mana pesalah itu dibebaskan tetapi masih di bawah pengawasan berkelakuan baik dalam tempoh masa yang ditetapkan. Hakim boleh mengenakan denda jika sesuatu kesalahan dilakukan dalam tempoh tersebut.

[Baca berita penuh]