HARAPAN bincang PRK Isnin depan
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi membincangkan pembahagian kerusi pilihan raya kecil parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan Isnin depan.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad berkata, mesyuarat yang sepatutnya diadakan hari ini terpaksa ditunda kerana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
"Kita akan bincang pada Isnin kerana Lim Guan Eng di Pulau Pinang ada mesyuarat DUN. Mesyuarat Majlis presiden Pakatan Harapan ditunda kepada Isnin," katanya.
Beliau berkata demikian di sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ditanya sama ada mesyuarat itu mengenai rundingan AMANAH untuk bertanding di kerusi Sungai Besar, Khalid bagaimanapun enggan mengulas.
"Kita tidak berunding di luar mesyuarat tetapi dalam mesyuarat. Biar Majlis Presiden HARAPAN tentukan siapa akan bertanding (di kedua-dua kerusi)," katanya lagi.
[Berita penuh menyusul]

