Datuk Zaid Ibrahim merancang untuk mengadakan perbincangan berasingan dengan veteran DAP Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu mengenai keadaan pembangkang.

Bekas Menteri itu berkata mereka perlu bertindak cepat untuk menyelamatkan pakatan pembangkang daripada ketiadaan arah dan keliru.

Sambil mengulangi keperluan untuk DAP dan AMANAH bekerjasama, beliau berkata istilah 'Pakatan Harapan' menjadi tidak bermakna.

Zaid berkata AMANAH mesti bertanding dalam pilihan raya akan datang di Kuala Kangsar dan Sungai Besar dengan bantuan DAP.

"Sesetengah daripada PKR yang tidak terpikat dengan PAS dan yang bosan dengan persaingan lama antara (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali dan (Presiden) Dr Wan Azizah Wan Ismail juga boleh berganding bahu untuk membantu," katanya dalam satu catatan di blog.

Menurut Zaid, AMANAH telah membuat kesilapan untuk bertanding pilihan raya negeri Sarawak, di mana serpihan PAS itu gagal meraih sebarang kerusi.

Oleh itu, katanya, AMANAH perlu bekerja keras untuk menebus kekalahannya.

"Jika mereka kalah, sekurang-kurangnya mereka masuk dalam gelanggang dan tahu siapakah rakan-rakan mereka.

"Sekurang-kurangnya mereka akan menghantar mesej kepada rakyat bahawa mereka menetang rasuah, salah guna kuasa dan isu-isu lain.

"Jika NGO mahu menyokong PAS, biarkan mereka. Jika NGO mahu menyokong PKR, biarkan mereka," katanya.

[Baca berita penuh]