Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Naib presiden Utar maut basikal hilang kawalan
Diterbitkan:  May 19, 2016 5:02 PM
Dikemaskini: 9:03 AM

Naib Presiden (Pembangunan Pelajar dan Hubungan Alumni) Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Dr Teh Chee Seng @ Elvis Teh Chee Seng maut selepas terjatuh ketika menunggang basikal di Kilometer 4.5 Jalan Kampar-Tronoh Mines, dekat Kampar, malam tadi. 
    
Menurut Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon dalam kejadian pada kira-kira jam 9.50 malam itu, Teh, 51, sedang menunggang basikal secara berkumpulan bersama empat lagi rakan dari arah Tronoh Mines menghala ke Kampar.
    
"Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh ke tengah jalan. Bagaimanapun basikal mangsa tidak mengalami sebarang kerosakan," katanya dalam kenyataan di Ipoh hari ini.
    
Beliau berkata Teh yang beralamat dari Ampang, Selangor itu menunggang basikal jenis Exitway meninggal dunia di tempat kejadian.
    
Ng berkata siasatan di lokasi kejadian mendapati keadaan jalan lurus dan mempunyai dua lorong serta cuaca baik kecuali persekitaran gelap kerana tiada lampu jalan.
    
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS