Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Guan Eng kalah saman dengan aktivis bangunan bersejarah

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kalah dalam saman malunya terhadap aktivis bangunan warisan negeri Jimmy Lim (gambar) dan sebuah portal berita.

Mahkamah Rayuan hari ini menukar keputusan Mahkamah Tinggi George Town yang memerintahkan mereka membayar RM300,000 kepada Guan Eng kerana memfitnah.

Tiga panel hakim diketuai hakim Hamid Sultan Abu Backer memutuskan artikel bertajuk “Guan Eng has failed, says NGO” (Guan Eng gagal, kata NGO), tidak memfitnah.

“Ia ditulis secara sederhana,” kata Hamid.

Dua lagi hakim ialah Mary Lim dan Zabariah Mohd Yusof. Mahkamah tidak membuat sebarang arahan berkaitan kos.

Guan Eng mendakwa artikel tulisan Athi Shankar daripada Free Malaysia Today, memburukkan nama, mencemarkan nama baiknya dan menyebabkan kebencian awam padanya.

Jimmy, seorang arkitek, dilapor berkata Guan Eng membenarkan perobohan banyak struktur warisan dan bersejarah, termasuk di kawasan bandar untuk membina bangunan pencakar langit, terutamanya hotel dan kondominium.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS