Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Peratusan undi meningkat kerana kurang maklumat'
Diterbitkan:  May 24, 2016 12:22 PM
Dikemaskini: 4:34 AM

Peningkatan jumlah pengundi yang direkodkan pada pilihan raya negeri Sarawak 7 Mei lalu disebabkan ada tempat mengundi gagal memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata demikian menjawab soalan MP Subang, Sivarasa Rasiah tentang bagaimana kehadiran pengundi dicatatkan 70 peratus sedangkan hanya 52 peratus keluar mengundi sejam sebelumnya iaitu pada jam 4 petang.

"Kehadiran pengundi 52 peratus yang diumumkan SPR pada 4 petang adalah maklumat awal peratus keluar mengundi dalam PRN tersebut.

"Peratus tersebut dikira berdasarkan bilangan pengundi yang telah mengundi dalam setiap saluran Tempat Mengundi yang dihantar oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) ke Bilik Gerakan PRN mealui SMS.

"Pada jam 4 petang, hanya 60 peratus KTM dapat menghantar maklumat bilangan pengundi yang telah mengundi ke bilik gerakan PRN, manakala 40 peratus KTM tidak dapat menghantar maklumat disebabkan oleh berbagai faktor," katanya.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS