Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bank BSI SA hadapi tindakan jenayah kesalahan berkaitan 1MDB
Diterbitkan:  May 24, 2016 1:16 PM
Dikemaskini: 5:25 AM

Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) telah memulakan prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA kerana gagal mencegah kesalahan berkaitan dengan 1MDB.

"OAG mengesyaki sesuatu dalam organisasi dalaman Bank BSI SA.

"Adalah dipercayai bahawa kerana kekurangan ini, bank itu tidak dapat mencegah kesalahan yang kini disiasat mengikut prosiding jenayah berhubungan dengan 1MDB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut OAG, mengikut Kanun Jenayah Switzerland, sesebuah syarikat boleh didakwa jika disyaki tidak mengambil semua langkah-langkah munasabah yang dikehendaki untuk mengelakkan pihak ketiga daripada melakukan kesalahan-kesalahan, terutamanya dalam pengubahan wang haram atau kesalahan rasuah tertentu.

"Prosiding jenayah dimulakan pada 23 Mei terhadap BSI SA adalah berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh prosiding jenayah yang berkaitan dengan 1MDB dan mengenai isu-isu yang dibangkitkan dalam Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) pada 23 Mei.

"Maklumat ini menunjukkan bahawa kesalahan pengubahan wang haram dan rasuah oleh  pegawai-pegawai awam asing kini disiasat mengikut konteks kes 1MDB boleh dielakkan jika  BSI SA diuruskan sewajarnya," katanya.

Walau bagaimanapun, OAG menegaskan bahawa tanggapan tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah terpakai.

Pihak berkuasa Switzerland dalam sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB percaya sekurang-kurangnya RM4 bilion daripada dana negara milik  Malaysia itu telah disalahgunakan.

Sebahagian wang itu melalui sistem kewangan Switzerland menyebabkan pihak berkuasa negara berkenaan memulakan siasatan.

1MDB dan syarikat bersekutunya juga sedang disiasat di beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat, Luxembourg, United Arab Emirates, Singapura, Australia dan Hong Kong.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS