Kos urus mesyuarat kabinet di Sarawak RM31,000
Diterbitkan: May 24, 2016 2:52 PM | Dikemas kini: May 24, 2016 3:00 PM
Kos bagi mengurus setia mesyuarat kabinet di Kuching pada 4 Mei lalu, tiga hari sebelum pilihan raya negeri Sarawak, sebanyak RM31,217.
Perkara itu dijelaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di parlimen.
Tiada perbelanjaan terperinci dinyatakan dalam jawapan terhadap soalan Lim Lim Eng (DAP-Segambut) itu.
Lim mahu perdana menteri menyatakan kos mesyuarat itu, termasuk kos pengangkutan udara, air dan darat.
Beliau juga mahu tahu kos pilihan raya ke-11 yang menyaksikan BN negeri bawah pimpinan Tan Sri Adenan Satem menang besar itu.
Azalina menjelaskan kos bagi melaksanakan pilihan raya itu sebanyak RM135.6 juta.

