Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
CEO bank BSI Switzerland letak jawatan serta-merta
Diterbitkan:  May 24, 2016 4:01 PM
Dikemaskini: 8:11 AM

Ketua pegawai eksekutif (CEO) bank Switzerland BSI Group Stefano Coduri meletakkan jawatan serta-merta, susulan arahan penutupan cawangannya di Singapura oleh pihak berkuasa kewangan republik itu.

Bank itu berkata ia akan bekerjasama penuh dengan siasatan Singapura dan Switzerland, menurut portal kewangan Bloomberg.

Coduri mengambil langkah itu selepas Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) memulakan prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA kerana gagal mencegah kesalahan berkaitan dengan 1MDB.

Mengikut Kanun Jenayah Switzerland, sesebuah syarikat boleh didakwa jika disyaki tidak mengambil langkah-langkah munasabah untuk mengelakkan pihak ketiga melakukan kesalahan-kesalahan, terutamanya dalam pengubahan wang haram atau kesalahan rasuah tertentu.

Bagaimanapun, OAG menegaskan bahawa tanggapan tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah terpakai.

Pihak berkuasa Switzerland dalam sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB percaya sekurang-kurangnya RM4 bilion daripada dana negara milik Malaysia itu telah disalahgunakan.

1MDB dan syarikat sekutunya juga sedang disiasat di beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat, Luxembourg, Emeriah Arab Bersatu, Singapura, Australia dan Hong Kong.

Lihat Komen
ADS