Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menjelaskan bahawa ia belum dihubungi mana-mana pihak berkuasa asing mengenai perkara-perkara berkaitan syarikat itu.

Awal hari ini, dilaporkan pengawal selia kewangan Switzerland telah

bersetuju kepada pengambilalihan dan pembubaran BSI Bank Ltd, yang terbabit dalam siasatan syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1MDB

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) pada hari yang sama juga telah mengarahkan bank swasta itu menutup operasinya di negara berkenaan.

Dalam satu kenyataan, 1MDB berkata, ia menyedari kenyataan media yang

dikeluarkan pihak berkuasa di Switzerland dan Singapura hari ini.

"1MDB kekal komited untuk bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa dan sejajar dengan protokol antarabangsa yang mengurus tadbir perkara tersebut.

"1MDB mengesahkan pemilikannya dalam pelbagai dana pelaburan tidak terjejas oleh pengumuman terbabit hari ini," tambah syarikat berkenaan.

-Bernama

Lihat Komen
ADS