Malaysiakini
BERITA

'BN kena bimbang dengan Dr M, jangan terlalu yakin'

Zulaikha Zulkifli

Diterbitkan
Dikemaskini 25 Mei 2016, 9:36 pagi

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berpendapat BN tidak seharusnya selesa dan terlalu yakin menjelang pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ini kerana, katanya, BN perlu berasa bimbang ekoran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan akan turut berkempen bagi pihak pembangkang pada pilihan raya kecil itu.

"Tak boleh kata tak bimbang. Jika kita kata tak bimbang (Mahathir berkempen untuk pembangkang) macam terlalu yakin (over confident).

"Apa benda yang berlaku kita kena ada kebimbangan. Kalau Tun berkempen untuk pembangkang, kita kena rasa bimbang.

"Kita kena kerja lebih. Kita kena jawab kalau dia ada buat tohmahan. Tak boleh kata 'tak apa'," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung dakwaan yang mengatakan Mahathir akan turut berkempen bagi memastikan kekalahan BN pada pilihan raya kecil 18 Jun depan.

Selain itu, anggota parlimen Ketereh itu juga berkata, walaupun pada pilihan raya negeri Sarawak yang lalu memberi kemenangan besar buat BN namun parti itu tetap perlu bekerja keras.

"Kita tak boleh memandang rendah. Kita kena kerja kuat.

"Kita kena bagi penjelasan kalau benda yang didakwa tak betul. Kita kena lipat gandakan usaha. Jangan ambil mudah. Kalau kita rasa tak ada apa-apa, tandanya kita dalam bahaya," ujarnya lagi.

Tidak seperti Sarawak, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu dikatakan akan turut berkempen menentang BN dalam dua pilihan raya kecil bulan depan.

Perkara itu dinyatakan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.