Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Pakatan NGO Pro-Barisan Nasional (BN) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli kononnya beliau menyimpan bukti tentang wujudnya rasuah 'wang dan wanita' membabitkan kerajaan Selangor.

Laporan itu, yang dibuat presiden NGO Pro-BN Zulkarnain Mahdar di Ibu Pejabat SPRM Sabah di Jalan Sulaman pada 2 petang tadi, bagi membolehkan agensi pencegahan rasuah itu mengambil tindakan termasuk meminta Rafizi menyerahkan dokumen tuduhan rasuah yang didakwa ada dalam simpanannya.

"Rafizi tidak seharusnya melewat-lewatkan laporan kepada SPRM kerana ia melibatkan salah laku yang amat serius jika benar wujudnya amalan rasuah seperti didakwa oleh Rafizi," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Menurutnya Selangor mempunyai rezab kewangan yang banyak sejak ditadbir BN dan dakwaan wujudnya amalan rasuah bagi rojek pembangunan kerajaan perlu diperjelaskan.

-Bernama

Lihat Komen
ADS