Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO buat laporan SPRM berhubung dakwaan Rafizi
Diterbitkan:  May 25, 2016 6:47 PM
Dikemaskini: 10:50 AM

Pakatan NGO Pro-Barisan Nasional (BN) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli kononnya beliau menyimpan bukti tentang wujudnya rasuah 'wang dan wanita' membabitkan kerajaan Selangor.

Laporan itu, yang dibuat presiden NGO Pro-BN, Zulkarna in Mahdar di Ibu Pejabat SPRM Sabah di Jalan Sulaman pada 2 petang tadi, bagi membolehkan agensi pencegahan rasuah itu mengambil tindakan termasuk meminta Rafizi menyerahkan dokumen tuduhan rasuah yang didakwa ada dalam simpanannya.

"Rafizi tidak seharusnya melewat-lewatkan laporan kepada SPRM kerana ia melibatkan salah laku yang amat serius jika benar wujudnya amalan rasuah seperti didakwa oleh Rafizi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya Selangor mempunyai rezab kewangan yang banyak sejak ditadbir BN dan dakwaan wujudnya amalan rasuah bagi rojek pembangunan kerajaan perlu diperjelaskan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS