RUU Hudud: Kenapa bimbang jejas undi Melayu, soal PAS
Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz tidak bimbang dengan tindakanya membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian Akta 355 di Parlimen hari ini akan menjejaskan undi bukan Melayu.
Sebaliknya, kata beliau, pembentangan rang undang-undang itu bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan akan memberi 'kredit' kepada PAS.
"Kenapa bimbang? Kita yakin benda ini akan beri kredit pada PAS dan untuk umat Islam insya-Allah," katanya ketika ditemui pemberita di parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita sama ada pembentangan rang undang-undang tersebut akan menyebabkan undi bukan Melayu kepada PAS merosot.
Dalam masa terdekat ini, PAS akan menghadapi dua pilihan raya kecil iaitu di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.