MCA jarakkan k'jaan dan BN dari RUU hudud
Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai menjarakkan partinya dan pentadbiran BN daripada Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian PAS untuk memberi laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.
"RUU yang dicadangkan oleh (Presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi Awang adalah RUU Ahli Persendirian, yang didorong oleh penetapan PAS untuk melaksanakan syariah kanun jenayah syariah di Kelantan.
"Ia bukan satu RUU kerajaan, atau pun ianya selaras dengan prinsip dan pendirian BN," kata Liow dalam satu kenyataan hari ini.
RUU itu, selepas menunggu tiga persidangan Parlimen, akhirnya dibentangkan di kepada Dewan semalam.
Ironinya, Hadi yang kemudiannya meminta perbahasan RUU itu ditangguhkan ke persidangan akan datang.
Semalam, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengakui partinya telah mendapat kerjasama dari Umno, dan tanpanya, RUU itu tidak akan dijadualkan untuk perbahasan, kerana ia disenaraikan sebagai item terakhir dalam kertas perintah Parlimen.

