Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nama 'palsu': Sekretariat Deklarasi Rakyat jawab Isnin ini
Diterbitkan:  May 27, 2016 6:10 PM
Dikemaskini: 10:21 AM

Sekretariat Deklarasi Rakyat akan mengeluarkan kenyataan pada Isnin ini berhubung dakwaan seorang pengaturcara komputer bebas yang dia menjual 900,000 nama daripada pangkalan data kepada kumpulan itu dalam usaha menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha sekretariat itu, Datuk Kamaruddin Jaafar mengesahkan kepada Malaysiakini hari ini bahawa pihaknya akan hanya mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu pada hari Isnin.

"Ratu Naga telah menafikan ini dan mengisytiharkan dia tidak mengenali penuduh. urusetia pula tidak mengenali Ratu Nagadan dia tidak pernah terlibat dengan kami," kata Kamaruddin kepada Malaysiakini.

Menurutnya, beliau akan mengulas lanjut dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jaminan sekretariat itu untuk mengeluarkan kenyataan pada Isnin juga secara berasingan disahkan oleh Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, dan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dan jurucakap NGO, Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sekretariat itu mengadakan mesyuaratnya awal hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS