Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Latihan kecemasan di LDP pagi esok
Diterbitkan:  May 27, 2016 7:38 PM
Dikemaskini: 11:47 AM

Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) akan mengadakan latihan kecemasan (ERP) di Kilometer 19 menuju ke arah Plaza Tol Petaling Jaya arah utara di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pagi esok.
    
Menurut kenyataan Litrak hari ini, latihan kecemasan melibatkan lorong paling kiri itu, berlangsung dari 7 pagi hingga 10.30 pagi.
    
Ia berkata laluan kontra khas akan diaktifkan bagi melancarkan aliran trafik sekiranya jumlah trafik bertambah.
    
Selain itu, kon-kon trafik dan papan tanda arahan akan diletakkan di lokasi sepanjang latihan kecemasan dijalankan untuk membantu pengguna lebuh raya.
    
Latihan itu dianjurkan dengan kerjasama pihak polis, bomba, polis peronda lebuh raya dan Petron Malaysia.

- Bernama

Lihat Komen
ADS